in

Syarikat Malasia yang menanam sayuran di pusat membeli-belah ini ingin rombak rantaian bekalan makanan

Syarikat Malasia yang menanam sayuran di pusat membeli-belah ini ingin rombak rantaian bekalan makanan

PERSEKITARAN TANAMAN “SEMPURNA”

Tsubota berkata perladangan dalam bangunan membolehkan mereka mewujudkan persekitaran yang hampir sempurna untuk menanam sayur-sayuran, dengan menghapuskan risiko yang datang dalam bentuk cuaca yang tidak dapat diramalkan, makhluk perosak dan penyakit tanaman.

“Hujan atau panas, kami boleh menanam sayur-sayuran 365 hari setahun”, katanya.

Beliau berkata seluruh prosas penanaman menggunakan ruang, tenaga buruh dan air yang lebih sedikit berbanding dengan perladangan konvensional.

Dengan mengawal keadaan suhu, aire, cahaya dan nutrien, ujar Tsubota, mereka boleh menyediakan persekitaran tanaman yang paling bermanfaat untuk hasil tanaman.

Ini dicapai dengan menggunakan kaedah hidroponik dan lampu pertumbuhan LED yang telah disesuaikan.

Lampu-lampu LED direka khusus untuk pertumbuhan sayur-sayuran. Lampu hijau menyediakan klorofil untuk sayur-sayuran, lampu biru adalah untuk pertumbuhan bahagian batang tanaman, manakala lampu merah pula untuk daunnya.

“Kami memilih gabungan warna atau rampaian cahaya yang paling óptimo atau paling cekap untuk membolehkan hasil tanaman tumbuh. Tidak semua warna dalam spektrum cahaya diperlukan oleh hasil tanaman untuk membolehkannya tumbuh,” ujar beliau.

Beliau menambah lampu-lampu tersebut telah dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dan dibuat di Malaysia.

Lampu-lampu itu dihidupkan selama 12 jam setiap hari untuk menyerupai cahaya matahari semula jadi.

Terdapat dua sistem pengairan yang dikawal secara automatik menggunakan alat penderia dan Internet Pelbagai Benda (Internet de las cosas), demi memastikan penanaman dapat dijalankan secara automatik.

Alat penderia itu mengukur kepekatan nutrien yang terkandung dalam air yang dibekalkan kepada tumbuh-tumbuhan.

“Jika kekonduksian elektrik jatuh di bawah nilai ambang yang diperlukan, pam-pam akan beroperasi dan mula menabur baja ke dalam air. Begitulah juga dengan ukuran PH”, kata beliau.

Menurutnya, pam-pam sentiasa beroperasi untuk menyediakan oksigen serta jumlah air dan nutrien yang konsisten kepada tanaman.

Penggunaan elektrik membentuk kos utama mereka, terutamanya bagi menghidupkan lampu-lampu.

Anak-anak benih mengambil masa dua minggu untuk menjadi tumbuhan kecil dan kira-kira empat minggu lagi untuk membesar dan siap dimakan.

Fuente

Publicado por notimundo

Deja una respuesta

Barcos y otros escombros han llegado a la terminal de ferry de Milton en Brisbane luego de fuertes lluvias e inundaciones generalizadas.

Mapa de inundaciones de Brisbane: el río se desborda y obliga a miles a evacuar

Boris Johnson ha dicho a sus asistentes su admiración por Volodymyr Zelensky mientras el presidente ucraniano continúa liderando la lucha de su nación contra la invasión rusa.

Boris Johnson ‘elogió la valentía de Zelensky después de una llamada telefónica’